Archive for Sharing

Rarindra Prakarsa

Siapa Rarindra Prakarsa? dia ialah seorang yg misteri. rarindra adalah cyber name beliau. mungkin hanya ada beberapa org saja yg bertuah dpt mengenali beliau secara peribadi. mungkin hanya beberapa org saja yg tahu nama sebenar beliau. dia memang misteri.

 

beberapa tahun lepas (sekitar 2-3 tahun lepas), rarindra telah mencipta satu fenomena dalam dunia fotografi.. sampaikan sape-sape yg tak tau sape rarindra, dia memang kodi. orang semua tergila-gilakan nak tau, siapakah rarindra prakarsa sebenarnya? yg diketahui, dia ialah org indonesia, dan kemungkinan besar orang jawa. tapi kenapa? kenapa pencinta seni dan fotografi menganggap rarindra adalah antara sifu paling agung?

 

sebabnya ini..

 

5052958-md5143935-lg5521916-lg5530970-lg5565693-lg6201314-lg6704619-lg

 

rarindra prakarsa ialah seorang fotografer yg hebat, dan pemanipulasi gambar yg superb. idea beliau yg diketengahkan dalam seni-seni beliau, adalah sesuatu yg baru, yg orang tak pernah terfikir nak buat. kemahiran beliau bermain dgn cahaya dalam setiap gambar sangat menyayat hati saya. kemahiran beliau membuat gambar outdoor seolah-olah gambar di studio membuat para newbies dunia fotografi bingung.. dan kagum. itulah sebabnya.

 

saya mengikuti forum-forum di tenet utk mengetahui, bagaimana workflow rarindra. of course, rarindra sendiri tak pernah reveal lah kan. tapi ada macam-macam teknik yg orang ajar. sampai saya sendiri, pada mulanya, membuat efek cahaya tersebut secara manual (pakai brush), sebab pening pk camne rarindra wat gambar dia.

 

Picture138copyantara hasil pertama saya cuba membuat efek rarindra secara manual.

 

tapi selepas beberapa lama, ada orang telah berjaya menghasilkan satu workflow, yg hasilnya seakan-akan gambar rarindra. dan seriously, teknik ni jauh lebih senang utk di folo dari manually buat.

 

http://forums.dpreview.com/forums/read.asp?forum=1006&message=24971754

 

kawan-kawan boleh lihat dan berlatih. tapi pastikan asas photoshop agak-agak kukuh. utk beginner photoshop, kena bukak kitab fundamentals dulu :) post ini, saya kira, adalah satu kegembiraan kepada org yg suka gambar-gambarnya kelihatan luar dari biasa (sebab ada org prefer mengekalkan natural look pada hasil mereka). jadi selamat mencuba!

 

6120_144230389061_765794061_3429434_3259735_nantara yg pernah dihasilkan dgn tutorial di atas. tp ni bukan hasil paling kemas yg saya buat. korang leh wat lagi bes!

Untuk Newbies

Assalamualaikum !

Sejak akhir-akhir nih.. ramai syabab di Irbid sudah berminat untuk beli dslr. kurang diketahui apakah punca wabak nih.. pasal duet dah banyak kot? hehehe. dan syabab-syabab nih (akhawat tak pernah pulak) selalu mengajukan soalan sama, yg saya penat nak jawab banyak kali, iaitu, kamera apa nak beli? so, saya jawab di sini, agar senang untuk semua yg berminat utk beli dslr. tapi, post ni hanyalah dari pandangan saya sajer.. yg kemungkinan ada ‘bias’ nyeh.

BODY

untuk sesiapa yg baru nak beli dslr, dslr terpisah kepada dua, lens dan body. dia bukan macam digicam, or semi dslr ( canon G10 contohnya) yg datang sekali lens dan body. dalam dunia dslr, lens dan body kamera beli asing-asing. sebagai permulaan, saya berpendapat, kalau nak beli dslr, put your money on either canon or nikon. jenama canon dan nikon, memang dah top dlm bidang amek gambar nih. mereka adalah manufacturer yg mengeluarkn kamera yg berkualiti, user friendly dan berpatutan dgn harga.

dan mostly, pengguna dslr di malaysia menggunakan nikon or canon. susah nak jumpa yg guna sony or olympus or jenama-jenama laen. maksudnya, kalo beli dslr cap nikon dan canon, anda senang nak tukar-tukar lens dgn memember laen. pasal lens canon leh masuk kat body canon je, dan lens nikon pon sama (melaenkan korang beli adaptor ring utk mount lens canon kat body nikon and vice versa). tapi, kalo beli sony, agak susah lah nak pinjam-meminjam lens. pasal pengguna sony tak seramai canon dan nikon.

Canon atau Nikon ?

body dslr untuk canon dan nikon ada beberapa kelas tersendiri. mcm bmw. 3 , 5 and 7 series.

3 SERIES

CN-EOS500DCanon 500d = RM 2698

NK-D5000-BODYNikon d5000 = RM 2570

5SERIES

CN-EOS7DCanon 7D = RM 5750

NK-D300S-01Nikon D300s = RM 5450

7SERIES

CN-EOS5DMK2-01

Canon 5DMKII = RM8990

NK-D3XNikon D3x = RM 27350

List ni berdasarkan latest kamera yg keluar dalam range tu.. bukannya kamera yg sebanding dari segi specs dan sebagainye.

Dari list kamera-kamera nih, Canon 7d adalah yg latest sekali keluar. 500d dan D5000 keluar around the same time. begitu juga D3x dan 5DmkII. pade hemat saya, mengikut kan price range harga, kedua-dua jenama mnampilkan harga yg kompetitif. harga tak banyak beza. so, kalau nak beli, kita kena tgk specs setiap kamera lah.

saya kurang pasti akan specs setiap kamera secara detail. dalam list nih, hanya Nikon D3X yg takleh merakam video HD. tapi sebenarnya, Nikon D3x takleh dipadankan dgn 5DMKII, dia sepatutnya dipadankan dgn Canon 1Ds MKIII (yg juga takleh merakam video). mengikut pembacaan saya, Canon selalunya dikaitkan dgn gambar yg lebih sharp, dan ISO handling yg superb. maksudnya, walau guna ISO tinggi, noise pada gambar masih kurang. dan kamera Nikon pulak selalu dikaitkan dgn kemampuan menghasilkan kaler yg cantek. oleh sebab itu, ramai professionals (wartawan), guna canon, dan ramai hobbyist ataupon org yg tidak memerlukan sgt sharpness, memilih Nikon.

Namun, trend ni dah berubah, terutamanya selepas Nikon kuarkan D3 dan D3x, yg mampu menghasilkan gambar yg super cun, dan meng’handle’ ISO dgn steady sekali. jadi, senang cerita, Canon atau Nikon, masing-masing menghasilkan kamera yg sgt bagus. tapi, saya tetap memilih Canon. kenapa?

After Sale Service

bila kita beli kamera, dgn harga yg mahal, kita mengharapkan mereka akan melakukan servis yg baek kalau-kalau kerosakan berlaku pada lens dan kamera. telah diketahui umum, bahawa after sale service Nikon sgtlah terok. kadang-kadang, sebab rosak sikit-sikit je, harga utk servis melampau-lampau, sampai lagi baek beli baru teros. dan tempoh servis sgt lah lama. kadang-kadang berbulan-bulan lamanye. dan masalah ni tak berlaku dgn Canon. even kalau lama tempoh servis, kalo korang adalah professional, mereka akan kasik pinjam kamera atau lens yg sama dgn yg korang anta untuk diservis, supaya korang leh pinjam dan meneruskan kerja korang, dgn tanpa ada apa-apa masalah. so, until masalah after sale service ni diselesaikan oleh Nikon, baek lah angkat Canon.

LENS

membeli lens adalah lebih komplikated pada saya. sebab banyak sangat jenis, dan jenama! Canon , Nikon, Sigma, Tokina, Tamron dan Carl Zeiss adalah antara syarikat-syarikat yg menghasilkan lens-lens yg bagus. tapi, perlu diketahui, lens 1st party (Canon dan Nikon), biasanye lebih mahal dari lens 3rd party. jalan terbaek adalah selalu membaca review-review di internet sebelom membeli satu-satu lens. kadang-kadang, tak semestinya lens lebih mahal, maka lebih baek. kadang-kadang, yang murah tu setanding dgn yg mahal. so, rajin membaca amalan mulia.

jenis-jenis lens pon banyak ; fish eye, super wide, wide, telephoto, tilt and shift dan sebagainya. dan membeli kena bijak. kita kena tahu, apa yg kita minat dan suka amek, sebab every lens serves different purpose. namun, untuk beginner, saya rasa sgt sesuai dan penting utk start dgn telephoto lens. dan saya mencadangkan 18-200mm f 3.5 – 5.6. sebabnya, dgn lens ni, anda tak rasa tersekat. lens tak pendek sangat, means korang leh zoom jauh-jauh kalau nak. dan lens jugak leh amek gambar-gambar wide (pada focal length 18mm). so, korang tak akan rasa tersekat, dan dengan ini, lebih mudah utk korang berlatih ‘compose’ gambar.

so, soalan seterusnya, nak beli jenama apa? untuk lens 18-200mm, dari pengalaman sendiri, yg membeli tamron 18-200mm (RM 1100), dan telah biasa guna canon 18-200mm (RM 2695) milik kawan-kawan laen, memang ketara pada performance lens tu sendiri. lens tamron 18-200mm, pada saya, adalah antara lens yg paling menyakitkan hati. lembab, bising dan kaler tak cantek. in fact, lens ini adalah antara lens yg paling terok kualitinya oleh tamron. so, belilah yg 1st Party punya lens untuk 18-200mm nih. berbaloi.

CN-EFS18200F3556NK-AFSVR18200II

dan lens nih, biasanya dia ada certain abbreviation utk indicate something. contohnya, IS = Image Stabilizer or USM =  Ultra Sonic Motor. laen jenama, laen abbreviation yg digunakan. misalnya, Sigma guna HSM = Hyper Sonic Motor instead of USM yg digunakan Canon. tu korang rajin-rajin lah baca sendiri.

KESIMPULAN

kesimpulannya, korang belilah ikot kemampuan. sebab yg penting bukan berapa canggih kamera tu, tapi lebih kepada setajam mana mata korang, sekreatif mana korang dalam meng’compose’ gambar. asah mata tu dulu elok-elok, baru pikir nak beli dslr. jgn dah beli, lepas tu amek gambar, composition sama je macam org amek gambar pakai handphone. biar kamera cap ayam, kita jgn jadi ayam.. sila jadi orang yg ada maruah!

Selamat membeli!

P.S : and kalau korang nak suggestion, saya akan suggest Canon 500D + Canon 18-200mm. best! :)

Jazakumullahu khairun jaza2.

wassalam.

UPDATE!


Assalamualaikum semua!

Sekian lama tak hapdet.. dek busy sebab ada exam segala. dah dekat dua bulan kot tak hapdet. siap masing-masing dah masuk fa9al 9oifi. untuk mengelakkan blog ni dari mati dan tak bernyawa, aku letak update sikit pasal sedikit projek amek gambar semalam, yang dirancang dan dikelolakan oleh saudara Anwar Rashid di bayt gravity, disertai oleh aku, ejad, halfi dan model-model yang bertauliah laennya.

Tema projek kali ni adalah ‘water splash’. Projek water splash memang popular. dah ramai wat. kira macam dah jadi salah satu ’silibus’ belajar amek gambar.  Kemudian kitorang wat lak projek ‘light trail’, lagi satu ’silibus’ dalam dunia fotografi ni. kira malam tadi, dari kol 9 malam smpai kol 3 pagi, kitorang berjaya habeskan 2 chapters, alhamdulillah.

Setup untuk projek water splash memang aku tak ingat secara detail. sedikit butiran :

Kamera: Nikon d300 (triggered by remote control)

Lens: 18-135mm (mungkin).

Flash : Built in 1/128 (master) and Nikon SB 600 (slave); Nikon SB 600 (TTL) bounced upward near the subject and built in flash di-block dengan sekeping kad untuk elak flare on glass.

Backdrop:  Kain itam milik anwar.

Lokasi: Dapor bayt gravity.

walaupon tak sesempurna yang sepatotnya, namun kami gembira dengan resultnya. sebab memang takde pengetahuan basic tentang setup yang sepatutnya, semua based on try and error, dan pengetahuan kami dalam CLS juga sangatlah limited. Sedikit water splash dari semalam..

splash 059eR

splash 046eR

untuk projek light trail plak.. details nyer :

Kamera : Nikon d300

Pastu kitorang just ‘paint’ model dengan cahaya dari torch light ejad dalam bilik gelap. Setel!

Sedikit light trail dari semalam :

potret 048R

potret 054ER

potret 063ER

potret 050eR

Jam 3.30 pagi lebih kurang, tamat la sesi amek gambar, dan di sambung dengan sesi PES sampai subuh. harapannya, mungkin benda-benda camni leh dibuat dengan kekerapan yang sedap-sedap orang kata, agar otak tak beku dan terus berkarya. pada member-member lain yang de gak wat sesi camni, boleh la upload hasil-hasil anda di blog nih. leh kongsi-kongsi ye dak?

Jazakumullahu 5hairun jaza2.

.mando.

P.S:  aku baru mendapat teguran tadi yg gambar light trail nampak black patches all over the place. mintak mahap pasal kat monitor kompiter ni, nampak elok je. so.. anggap jela dark patches tu tak wujud. ahaha.

Dry Box

post kali ni adelah tentang macamane nak menjaga barang elektronik korang. sebab kita tau yang kelembapan udara kat sini (humidity) memang sangat tinggi lagi2 di kala musim sejuk, menjadikan persekitaran yang sesuai untuk fungus/kulat tumbuh di mana2.

bagi aku, setiap orang yg ade camera tak kesah la camera kecik mane sekali pon, msti ade dry box.

gambar lens di atas menunjukkan akibat mereka yang tidak menjaga barang2 mereka.

selalu nampak dekat corner bilik/blakang langsir/dlm drawer/cupboard ade fungus kan..(biasela tu lagi2 lelaki)..fungus ni akan tumbuh dekat tempat yang kurang cahaya, jarang bukak dan tempat yang selalu kita tak belek. jadi fikir balik, mane tempat kita letak mp3/kamera ek?stakat ltak dalam drawer camtu je?x bley jadi…tu la perlunya kita kepada Dry Box ni.disyorkan untuk mereka nak menjaga barang mahal, macam DSLR dan…dan lain2 lagi ah.Dry box ade lah satu kotak di mana kita letak equipment kita dalam keadaan kering, dan temperature elok.dry box ade banyak jenis, kalo nak mantop tu bole la ade sampai harga die rm1100++ (bole beli lens tu).

so jom buat under 10jd DIY dry box.

ok ni contoh dry box DIY:

my DIY dry box

my DIY dry box

1. tupperware beli kat carrefour.( pastikan kedap udara)

2.silica gel amik dr msia (padahal ade je yg mcm thirsty hippo tu kat safeway irbid ni ha, aku baru tau)

aku tengok mmg ramai r yg gune macam aku ni, sbb murah pastu senang plak tuh.skali beli silica gel tu, boley thn lama. tapi pastikan tupperware ko tu air tight(kedap udara), jgn ar beli yg murah2 mcm kat simsimah tu(no offence) sbb kita mmg nk dlm tu lagi kering dr luar.pastu pastikan tupperware tu mmg sunlight bole masuk.transparent r.

antara cara lain utk xnk kasi fungus:

1. slalu gune

2. skali sekala, expose kan kat sunlight seminit dua.

3. uv lamp

4. aic cond! sbb air cond adelah satu dehumidifier.

5. elakkan letak kat tmpat tertutup sgt yg xde cahaya masuk(slm drawer contohnye)

ni contoh dry box yg mahal sket r, tp mmg bagus dan digalakkan.org msia beli ni je kot.boley dapat kat di mana2 kdai mcm foto shangri-la, bintang maju dan lain2 lg.rege rm100 keatas.

sekian,

anwarash.

.sample.

meng-fake-kan sun ray dan mnambah elemen bokeh..

meng-fake-kan sun ray dan mnambah elemen bokeh..

saja2 aku kongsi gambar latest nih. editing yg simple telah dilakukan. sekarang da tua2 nih mmang malas nak edit melampau2.:)
.mando.