Archive for March, 2009

Film Speed II

Mengaplikasikan penggunaan film speed

Sumorang pernah rasa dan hadapi keadaan bila amek gambar time gelap, atau low light situation, gambar jadi blur. Camne gambar boleh jadi blur? Ha.. ini yang kita nak tau. Tapi mungkin akan diterangkan dalam shutter speed nanti. Tapi pendeknya, shutter speed jadi macam slow, sebab nak kasik cahaya yang cukup masuk, supaya exposure gambar adalah selari dgn pe yang kita da set kat light exposure tu.. ( -2, -1, 0, +1, +2).. jadi kalau de menatang yang bergerak semasa shutter masih terbukak (lom terkatup), movement tu turut akan dirakam. so terhasillah blur.

Jadi camne nak elak blur? Jawapan sayur je.. lajukan shutter speed.. ye dak? Pe pro and kontra lajukan shutter speed? Pro ; gambar jadi x blur. Kontra; gambar jd gelap (dlm lowlight situation). Sebab? Cahaya yg diperlukan utk kasik gambar terang sket, lom sempat masuk, shutter da terkatup, pasal shutter speed laju (bukak dan tutup dgn pantas). Tapi mesti de jalan kan? Mesti ada other way around. Ye anak-anak.. di sinilah teraplikasinya ilmu film speed kita.

Telah diexplen, bila film speed makin laju, maksudnya film tu maken sensitif terhadap chaya. Maken laju, maken sensitif. Maksudnya, dalam keadaan cahaya yang x berapa nak ada pon, dsbabkan oleh film yg sgt peka dgn keadaan chaya, maka gambar tetap akan jadi terang. Tapi de satu benda yang x berapa nak best.. pasalnye bila film speed maken laju, film grain akan jd byk (kalo pakai film), atau noise (kalo digital). Maksudnya gambar mcm berbintik2. Mcm mananya leh de noise ni plak? haa.. rujuk kat wiki. Cam malas plak nak terang.

De org memang suka noise. Tapi pada aku, gambar yang ko amek, bialah dlm kualiti yg seoptimum mungkin. Noise (kalo nak tambah noise), kaler, exposure, sume leh ubah dalam potosop. Tapi kalo gambar asal da ada noise, memang xleh buang noise tu. De certain plugins mcm noiseninja yang leh reduce noice, tp setakat reduce jela.. tapi walau mcm mana keadaannya pon.. sebagai rules of thumb.. gambar blur adlh lebih sampah dr gambar yg byk noise tp sharp. Sharp itu penting ye kawan2. Sharp.

Maksudnya di sini, kalo tempat gelap, korang letak la ISo smpai ribu2.. xpe. biar sharp gambar. Itu lagi impoten. Tp kalo siang terang benderang, letak ISO smpai 1600, tu memang nak kena sigung sekali. Ingat, kualiti gambar biar seoptimum (bukan semaksimum) mungkin!

18

30

27

 

beberapa contoh gambar yg diambil dlm low light, dan ISo tggi. Gambar tidak diedit. Cuma mungkin kasik nampak lebih saturated.

Sepanjang pembacaan aku, utk sape2 yang nak beli dSLR, Canon memang pemes dek kerana sistem handling ISO yang cun. Means even ISo tggi, noise xberapa nak signifikan. Contohnya MarkIII mempunyai ISO yang leh gi sehingga 25600 (kalau x silap). Tapi kalau de duit, Nikon D300 atau D3 pon mampu mencabar kewibaan Canon. Mungkin aku akan cerita perbezaan Canon dan Nikon (dari pembacaan aku) di laen masa. Ingin ditegaskan di sini aku x pro mana-mana manufacturer. Kalau de orang nak kasik free mark III atau D3, besar tapak tangan, nyiru aku tadahkan (adat melayu). lol.

Salam. Jumpa lagi.

 

.mando.

Advertisements

Dry Box

post kali ni adelah tentang macamane nak menjaga barang elektronik korang. sebab kita tau yang kelembapan udara kat sini (humidity) memang sangat tinggi lagi2 di kala musim sejuk, menjadikan persekitaran yang sesuai untuk fungus/kulat tumbuh di mana2.

bagi aku, setiap orang yg ade camera tak kesah la camera kecik mane sekali pon, msti ade dry box.

gambar lens di atas menunjukkan akibat mereka yang tidak menjaga barang2 mereka.

selalu nampak dekat corner bilik/blakang langsir/dlm drawer/cupboard ade fungus kan..(biasela tu lagi2 lelaki)..fungus ni akan tumbuh dekat tempat yang kurang cahaya, jarang bukak dan tempat yang selalu kita tak belek. jadi fikir balik, mane tempat kita letak mp3/kamera ek?stakat ltak dalam drawer camtu je?x bley jadi…tu la perlunya kita kepada Dry Box ni.disyorkan untuk mereka nak menjaga barang mahal, macam DSLR dan…dan lain2 lagi ah.Dry box ade lah satu kotak di mana kita letak equipment kita dalam keadaan kering, dan temperature elok.dry box ade banyak jenis, kalo nak mantop tu bole la ade sampai harga die rm1100++ (bole beli lens tu).

so jom buat under 10jd DIY dry box.

ok ni contoh dry box DIY:

my DIY dry box

my DIY dry box

1. tupperware beli kat carrefour.( pastikan kedap udara)

2.silica gel amik dr msia (padahal ade je yg mcm thirsty hippo tu kat safeway irbid ni ha, aku baru tau)

aku tengok mmg ramai r yg gune macam aku ni, sbb murah pastu senang plak tuh.skali beli silica gel tu, boley thn lama. tapi pastikan tupperware ko tu air tight(kedap udara), jgn ar beli yg murah2 mcm kat simsimah tu(no offence) sbb kita mmg nk dlm tu lagi kering dr luar.pastu pastikan tupperware tu mmg sunlight bole masuk.transparent r.

antara cara lain utk xnk kasi fungus:

1. slalu gune

2. skali sekala, expose kan kat sunlight seminit dua.

3. uv lamp

4. aic cond! sbb air cond adelah satu dehumidifier.

5. elakkan letak kat tmpat tertutup sgt yg xde cahaya masuk(slm drawer contohnye)

ni contoh dry box yg mahal sket r, tp mmg bagus dan digalakkan.org msia beli ni je kot.boley dapat kat di mana2 kdai mcm foto shangri-la, bintang maju dan lain2 lg.rege rm100 keatas.

sekian,

anwarash.

.sample.

meng-fake-kan sun ray dan mnambah elemen bokeh..

meng-fake-kan sun ray dan mnambah elemen bokeh..

saja2 aku kongsi gambar latest nih. editing yg simple telah dilakukan. sekarang da tua2 nih mmang malas nak edit melampau2.:)
.mando.

Rule Of Thirds

taken from digital photography school

taken from digital photography school

Rule Of Thirds adelah antara benda paling penting dalam menjadikan hasil fotografi anda lebih menarik dan sedap dipandang. Banyak gambar2 pro menggunakan hukum ini dalam hampir setiap gambar mereka.so, ape kejadah ROT (Rule of thirds) ni? jom kite tgk..

rule of thirds

rule of thirds

sebelum korang tangkap gmbar tu, bayangkan gambar tu dibahagikan kpd tiga secara menegak dan melintang.so jadi 9 bahagian r..

4 bulatan merah tu, adelah tempat yang dikatakan paling sesuai untuk korang letak subjek korang, menjadikan gambar korang agak best.

sbnarnye, kajian menunjukkan bahawasanya mata manusia bila memandang satu2 gambar, die akan melihat kat 4 point di atas tu.menarik kan?

So ape kate korang try tengok balik gmbar2 mane yg korang rase best, and try apply rule of thirds ni.. ni contoh2 gambar ye.

hazim at pella

hazim at pella

toxo

toxo

wasiek

wasiek

by fd

by fd

ok cube korang bayang kan gambar2 atas tu kalo sume subjek die dok tengah gambar.x ke gambar camtu agak bosan kn?

dan yang terakhir, bnda ni bukannye wajib pon..xde la SEMUA gambar kena ikut rule ni kan? xde dosa pn kalo x ikut..ni cuma guideline yg basic, untuk sume orang tau..ok?

last skali, untuk sesape nak tambah ape2 atau betulkn kesilapan yg aku buat, tambah ape yg aku x sebut,contribute gambar dlm kategori rule of thirds ke bole la buat sedemikian.maaf atas segala kekurangan yg ade.

sekian,

anwarash.

Film Speed

Memahami film speed mungkin akan jadi lebih mudah kepada yang dah amek course radiology. Dak medic akan amek time 5th year, dak dentist akan start amek time 3rd year. Dalam radiology, kita memerlukan filem untuk menangkap xray yang dipancarkan. Filem mempunyai speed. Masa mula-mula xray wujud, doktor terpaksa memancarkan xray selama berminit-minit untuk mendapatkan film density yang optimum, bagi proses analisis seterusnya. Sebabnya ialah ‘kelajuan’ filem tu low, iaitu memerlukan lighting yang lebih kuat, ataupon masa exposure yang lebih lama. Kita takleh menguatkan tenaga xray, sebab berbahaya, oleh sebab tu, exposure time, iaitu jangka masa pendedahan patient kepada xray perlu lebih lama.

Dgn kemajuan teknologi seterusnya, ‘kelajuan’ film bertambah. Camne? Filem dibuat dari bahan yang responsif terhadap xray. Bila kena, dia akan react. Dan bila cuci, partikal yang diaktifkan akan jadi puteh. Low speed film mempunyai partikel dgn bentuk yang tak berapa nak optimum, utk mnyerap cahaya xray. Tapi high speed film mmpunyai partikel yg berbentuk tabular (kalau tak salah), yg mampu meningkatkan rate pendedahan terhadap xray. Dan bahan yg digunakan adlh silver halide, yang lebih sensitif terhadap xray. Hal yang sama jugak dalam photography. Cuma bezanya, dalam medicine kena pakai xray, sebab xray je mempunyai magnitud tenaga utk ‘tembus’ segala struktur jisim badan dan kurang efek radioaktifnye.

Kalau kita igt, masa zaman kecik-kecik, kalau pakai kamera yg menggunakan filem, bukan digital, kita kena beli filem, dan kat kotak2 filem tu de certain nombor. Contohnya Kodak 1600, Kodak 3200 etc. Dan dari yang kita paham time kecik-kecik, makin tinggi nombor, maken power. In a way, betol pe yang kita paham. Nombor-nombor itu adalah speed film tersebut. Dalam unit pe? ISO. Banyak unit yang ada utk menilai speed film, tapi yang lebih dominan digunakan adalah ISO. Iso pon de dua. ISo aritmetik, dan ISO logaritmik. tapi kita pakai biasanya, ISo aritmetik. 50, 100, 200, 400, 800, 1600 dan seterusnya. Nilai bertambah 2x ganda setiap kali, dan it applies to film speed too. FIlm dgn ISO 100 2x ganda lebih sensitif dari ISO 50.

Ok, setakat ni dulu. Sambung kendian. Feedback boleh disalurkan kat ruangan komentar. 🙂

Jazakumullahu khairan.

.mando.

pilot

salam sume,

terima kasih r kpd sape yg dh join wordpress ni, semoga benda ni kasi menafaat kat sume org.

aku bukan nak rush ke ape, tapi aku ade satu idea untuk satu projek fotografi ni. Benda ni aku dah fikir dari 2nd year lagi. Tak terbuat je. So bile aku fikir dh ade member2 mantop mcm mando, ejard etc., aku rase ni ar masanya aku kongsi benda nih.

Idea nya untuk buat light trail untuk duwar jamiah dkt irbid kita ni sndiri.nak tangkap gmbar, dari tempat tinggi la (atas gym ke,kdai fotostat ke tapi nak atas bumbung) so ape pendapat korang pasal benda ni?aku rase ade je tripod kan korang. cuma problem nye nak cari lokasi untuk pacak je la.

so lebih kurang camni la nampaknya

contoh

round and about by- W.Epps -

bagi aku gambar kat atas ni masih dari angle yang agak rendah dan kreta die pun x banyak kan. duwar jamiah tu macam meriah lagi je.

benda ni kalo jadi kita boley buat wallpaper untuk permai ke, buat poskad ke dan macam2 lagi. berbakti beb.

kasi respon korang eh.mekasih.

anwarash.

.registrasi.

Salam.

Page ini didirikan supaya kita semua dapat berkongsi, teknik dan tips tangkap gambar.  Maybe, submit tutorial sikit-sikit, tutorial editing sikit-sikit, kongsi hasil sikit-sikit, plan projek photoshoot or eksperimentasi yang dilakukan.. pendek kata berkongsi ilmu.

Untuk kawan-kawan yang ikut nak sumbang dan berkongsi, boleh submit emel anda di ruangan komen.  Saya akan invite untuk jadi author/contributor.

Terima kasih.