Untuk Newbies

Assalamualaikum !

Sejak akhir-akhir nih.. ramai syabab di Irbid sudah berminat untuk beli dslr. kurang diketahui apakah punca wabak nih.. pasal duet dah banyak kot? hehehe. dan syabab-syabab nih (akhawat tak pernah pulak) selalu mengajukan soalan sama, yg saya penat nak jawab banyak kali, iaitu, kamera apa nak beli? so, saya jawab di sini, agar senang untuk semua yg berminat utk beli dslr. tapi, post ni hanyalah dari pandangan saya sajer.. yg kemungkinan ada ‘bias’ nyeh.

BODY

untuk sesiapa yg baru nak beli dslr, dslr terpisah kepada dua, lens dan body. dia bukan macam digicam, or semi dslr ( canon G10 contohnya) yg datang sekali lens dan body. dalam dunia dslr, lens dan body kamera beli asing-asing. sebagai permulaan, saya berpendapat, kalau nak beli dslr, put your money on either canon or nikon. jenama canon dan nikon, memang dah top dlm bidang amek gambar nih. mereka adalah manufacturer yg mengeluarkn kamera yg berkualiti, user friendly dan berpatutan dgn harga.

dan mostly, pengguna dslr di malaysia menggunakan nikon or canon. susah nak jumpa yg guna sony or olympus or jenama-jenama laen. maksudnya, kalo beli dslr cap nikon dan canon, anda senang nak tukar-tukar lens dgn memember laen. pasal lens canon leh masuk kat body canon je, dan lens nikon pon sama (melaenkan korang beli adaptor ring utk mount lens canon kat body nikon and vice versa). tapi, kalo beli sony, agak susah lah nak pinjam-meminjam lens. pasal pengguna sony tak seramai canon dan nikon.

Canon atau Nikon ?

body dslr untuk canon dan nikon ada beberapa kelas tersendiri. mcm bmw. 3 , 5 and 7 series.

3 SERIES

CN-EOS500DCanon 500d = RM 2698

NK-D5000-BODYNikon d5000 = RM 2570

5SERIES

CN-EOS7DCanon 7D = RM 5750

NK-D300S-01Nikon D300s = RM 5450

7SERIES

CN-EOS5DMK2-01

Canon 5DMKII = RM8990

NK-D3XNikon D3x = RM 27350

List ni berdasarkan latest kamera yg keluar dalam range tu.. bukannya kamera yg sebanding dari segi specs dan sebagainye.

Dari list kamera-kamera nih, Canon 7d adalah yg latest sekali keluar. 500d dan D5000 keluar around the same time. begitu juga D3x dan 5DmkII. pade hemat saya, mengikut kan price range harga, kedua-dua jenama mnampilkan harga yg kompetitif. harga tak banyak beza. so, kalau nak beli, kita kena tgk specs setiap kamera lah.

saya kurang pasti akan specs setiap kamera secara detail. dalam list nih, hanya Nikon D3X yg takleh merakam video HD. tapi sebenarnya, Nikon D3x takleh dipadankan dgn 5DMKII, dia sepatutnya dipadankan dgn Canon 1Ds MKIII (yg juga takleh merakam video). mengikut pembacaan saya, Canon selalunya dikaitkan dgn gambar yg lebih sharp, dan ISO handling yg superb. maksudnya, walau guna ISO tinggi, noise pada gambar masih kurang. dan kamera Nikon pulak selalu dikaitkan dgn kemampuan menghasilkan kaler yg cantek. oleh sebab itu, ramai professionals (wartawan), guna canon, dan ramai hobbyist ataupon org yg tidak memerlukan sgt sharpness, memilih Nikon.

Namun, trend ni dah berubah, terutamanya selepas Nikon kuarkan D3 dan D3x, yg mampu menghasilkan gambar yg super cun, dan meng’handle’ ISO dgn steady sekali. jadi, senang cerita, Canon atau Nikon, masing-masing menghasilkan kamera yg sgt bagus. tapi, saya tetap memilih Canon. kenapa?

After Sale Service

bila kita beli kamera, dgn harga yg mahal, kita mengharapkan mereka akan melakukan servis yg baek kalau-kalau kerosakan berlaku pada lens dan kamera. telah diketahui umum, bahawa after sale service Nikon sgtlah terok. kadang-kadang, sebab rosak sikit-sikit je, harga utk servis melampau-lampau, sampai lagi baek beli baru teros. dan tempoh servis sgt lah lama. kadang-kadang berbulan-bulan lamanye. dan masalah ni tak berlaku dgn Canon. even kalau lama tempoh servis, kalo korang adalah professional, mereka akan kasik pinjam kamera atau lens yg sama dgn yg korang anta untuk diservis, supaya korang leh pinjam dan meneruskan kerja korang, dgn tanpa ada apa-apa masalah. so, until masalah after sale service ni diselesaikan oleh Nikon, baek lah angkat Canon.

LENS

membeli lens adalah lebih komplikated pada saya. sebab banyak sangat jenis, dan jenama! Canon , Nikon, Sigma, Tokina, Tamron dan Carl Zeiss adalah antara syarikat-syarikat yg menghasilkan lens-lens yg bagus. tapi, perlu diketahui, lens 1st party (Canon dan Nikon), biasanye lebih mahal dari lens 3rd party. jalan terbaek adalah selalu membaca review-review di internet sebelom membeli satu-satu lens. kadang-kadang, tak semestinya lens lebih mahal, maka lebih baek. kadang-kadang, yang murah tu setanding dgn yg mahal. so, rajin membaca amalan mulia.

jenis-jenis lens pon banyak ; fish eye, super wide, wide, telephoto, tilt and shift dan sebagainya. dan membeli kena bijak. kita kena tahu, apa yg kita minat dan suka amek, sebab every lens serves different purpose. namun, untuk beginner, saya rasa sgt sesuai dan penting utk start dgn telephoto lens. dan saya mencadangkan 18-200mm f 3.5 – 5.6. sebabnya, dgn lens ni, anda tak rasa tersekat. lens tak pendek sangat, means korang leh zoom jauh-jauh kalau nak. dan lens jugak leh amek gambar-gambar wide (pada focal length 18mm). so, korang tak akan rasa tersekat, dan dengan ini, lebih mudah utk korang berlatih ‘compose’ gambar.

so, soalan seterusnya, nak beli jenama apa? untuk lens 18-200mm, dari pengalaman sendiri, yg membeli tamron 18-200mm (RM 1100), dan telah biasa guna canon 18-200mm (RM 2695) milik kawan-kawan laen, memang ketara pada performance lens tu sendiri. lens tamron 18-200mm, pada saya, adalah antara lens yg paling menyakitkan hati. lembab, bising dan kaler tak cantek. in fact, lens ini adalah antara lens yg paling terok kualitinya oleh tamron. so, belilah yg 1st Party punya lens untuk 18-200mm nih. berbaloi.

CN-EFS18200F3556NK-AFSVR18200II

dan lens nih, biasanya dia ada certain abbreviation utk indicate something. contohnya, IS = Image Stabilizer or USM =  Ultra Sonic Motor. laen jenama, laen abbreviation yg digunakan. misalnya, Sigma guna HSM = Hyper Sonic Motor instead of USM yg digunakan Canon. tu korang rajin-rajin lah baca sendiri.

KESIMPULAN

kesimpulannya, korang belilah ikot kemampuan. sebab yg penting bukan berapa canggih kamera tu, tapi lebih kepada setajam mana mata korang, sekreatif mana korang dalam meng’compose’ gambar. asah mata tu dulu elok-elok, baru pikir nak beli dslr. jgn dah beli, lepas tu amek gambar, composition sama je macam org amek gambar pakai handphone. biar kamera cap ayam, kita jgn jadi ayam.. sila jadi orang yg ada maruah!

Selamat membeli!

P.S : and kalau korang nak suggestion, saya akan suggest Canon 500D + Canon 18-200mm. best! 🙂

Jazakumullahu khairun jaza2.

wassalam.

Advertisements

5 Comments »

  1. halfi Said:

    wah info yg menariik dan sgt informatif serta membantu. tambah2 dan makin rajin update plak tuh. idup photografy blog! hell yeah!

  2. abu.asiah Said:

    Puan Asma’ tgh berminat nk beli DSLR, tp katanya Abu Asiah tak suka utk selalu2 menangkap gambar2nya. Tak pelik ke org beli kamera utk org lain tangkap gmbrnya..hu hu?

    anyway, very informative entry. Aku malas sikit nk baca2 benda2 ni. This is like a simplified, collected important info. Senang kerja…

  3. fonsozone Said:

    puan asma nak manja2 tuh man.. haha. tapi hang beli lah.. amek gmbr asiah awatif byk2. heheh.

    tp ni just pdgn ak ye.. mngkin org laen akan prefer jenis laen. sony misalnye.

  4. tahirtajuddin Said:

    saya nak nasihat dan pandangan saudara. saya dah ada canon 50D tapi saya nak upgrade kpd canon7D. so mintak nasihat dan pandangan saudara? arap bro leh jawab segera.tq

    ps : harga canon 7D di kb,kelantan RM 5700.00

  5. fonsozone Said:

    saya kurang pasti nak suggest camne. mungkin, kalau pada saya, kalau dah 5-6 tahun pakai 50D, boleh la tuka kot. pasal sayang duet. hehe. lagipon canon ada trend sentiasa keluar kamera baru in every few years. so i might wait for a newer one. tapi 7D mmg lg superior dari 50D. kalo duet banyak, tak kesah lah kalau sedara nak beli 🙂


{ RSS feed for comments on this post} · { TrackBack URI }

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: