Aperture

Sedang melepak-lepak di Warung Din sebentar tadi, jejaka hensem Sop bertanya kepada aku, pe buat time cuti? Aku macam biasa, sambil melahap nasi sambil bercakap, “hahu hak huat hape hape”.  Sop yang memang paham-paham bahasa orang tengah ada nasi dalam mulut, reply “Tak update blog?” Aku pon pandang sop.. “Haah haa..oh hrap..hahu hupa…” (aah la..oh crap..aku lupa..)

So, kita kembali lagi dengan siri asas kamera yang enshaAllah dah nak habis dah. Silibus aperture ialah silibus last dalam siri asas kamera.

APERTURE

Aperture ditakrifkan sebagai lobang yang membenarkan cahaya lalu masuk. Sama konsepnya dengan struktur iris dalam mata. Dan konsepnya pon sama. Maken besar lubang, maken banyak cahaya masuk. Maken gelap environment, kita memerlukan lobang yang lebih besar, supaya cahaya yang masuk adalah cukup banyak untuk memastikan exposure gambar yang dikehendaki, dapat dicapai. Paham kan? Simple dan mudah.

Nilai aperture pulak, maken kecik bermakna maken besar lubang. Contohnya, f 1.4 lagi besar dari f 2.0 dan seterusnya.

APERTURE DAN SHUTTER SPEED

Obviously, aperture dan shutter speed mempunyai kaitan rapat dan bergerak secara selari. Sebabnya, dua-dua basically melibatkan jumlah aliran cahaya yang masuk. Aperture ialah size lubang, manakala shutter speed ialah jumlah masa lubang tu dibukak semasa proses amek gambar. Kiranya, kalo anda guna aperture 1.4, bermaksud anda leh guna shutter speed yang lebih laju untuk dapatkan exposure yg dikehendaki.  Logiknya ialah, anda tak perlu bukak lubang lama-lama, sebab lubang dah sedia besar, so cahaya yang lebih banyak boleh masuk dengan kadar masa yang lebih cepat. Paham kan? Simple dan mudah.

APERTURE DAN BOKEH

Ada satu benda yang di’term’kan sebagai bokeh. Bokeh secara ringkasnya ialah blur, atau lebih tepat lagi, blur yang estetik. Efek bokeh terhasil kesan dari wujudnya depth of field, atau lebih diketahui umum ‘dof’. Dof ialah satu area di mana subjek yang terletak di dalam area tu akan difokus, manakala yang terletak di luar area, akan jadi out of focus (blur).

Kaitan aperture dan bokeh ialah, maken besar aperture, maken shallow depth of field ( maken kecik area), so maken banyak dan kuat blur nyeh aka maken kuat bokeh nya. Mechanism terbentuknya bokeh ni boleh di baca dalam wiki, sangat jelas dan mudah difahami. Tapi, basically, bagi enthusiast bokeh, atau sape-sape yang minat nak dapatkan efek bokeh, anda kena pakai lens yang mempunyai aperture yang besar. Sepanjang pengalaman, aperture sebesar 2.8 sudah mampu memberikan dof yang secukupnya untuk dapatkan efek bokeh yang kemas dan smart.

Antara lens favorite untuk efek bokeh :

50mm f1.4

50mm f1.8

24-70mm f2.8

70-200mm f2.8

Aku rasa yang paling sedap ialah 70-200mm 2.8. Dah la aperture besar, leh zoom jauh, dan basically subjek yang diambil dengan lens nih, biasanya dalam situasi dimana subjek tu duduk jauhhh dengan background. Bila dalam keadaan camtu, efek bokeh jadi lagi meletup-letup. Heheh. So belilah lens nih. Leh aku pinjam nanti-nanti. Tak mahal pon. Canon punya baru RM 7k++ uhuk uhuk.

Di sini aku kongsi link sifu-sifu bokeh yang aku sangat minat..

Nasey

*December Sun

Deney

Dila (50mm f1.8 —- cheapest bokeh lens, RM350 je)

Okeh, sekian. Banyakkan tengok galeri-galeri cantek, so gambar-gambar korang pon leh jadi cantek-cantek 🙂

Advertisements

2 Comments »

  1. mar cullen Said:

    pastu nak tanya,

    kalau kita nak snap time cahaya kurang.tapi stil nak dof yang deep.kadang2 die xleh nak snap.

    maknanya kene naikkan iso lah kan?

    pastu kalau malas nak naikkan iso,kalau ejas shutter speed adekah membantu untuk snap dalam keadaan tersebut?

  2. fonsozone Said:

    dof deep..maksudnya bokeh maken banyak..maksudnya aperture maken besar. dan takde pe2 kaitan dengan takleh snap.

    biasa masalah takleh snap tu bila camera x jumpa focus point,, (red dot tu tak blip).. time2 camtu ko tekan kuat mana pon dia takkan snap. bukan masalah kat aperture. dalam keadaan low light, memang agak susah kengkadang carik focus point, terutama dengan lens cikai. so jalannye tuka je jadi manual focus instead AF. nanti leh la snap.

    ISO, aperture dan shutter speed berkait rapat. kau leh ubah mana2 untuk dapatkan efek yang ko nak.

    contohnya, untuk dapatkan efek ‘panning’, dalam keadaan terang benderang, ko kena kecikkan ISO dan aperture gak, sebab ko nak shutter speed ko slow. kena pandai balance orang kata. macam minyak ngan clutch. eceh.

    kalau malas naekkan ISO, dalam keadaan gelap, tapi ko nak gambar sharp, ko leh gi manual setting di mana ko leh ubah sume entiti, ISO shutter speed dan aperture. kalo dalam kes tu, ko nak pakai ISO rendah, ko kena slowkan shutter speed. kalo slow sgt dan tgn kau bukan tgn surgeon, gambar akan blur sebab camera shake. so, as a rule of thumb, gambar sharp is always better than blurry pic. naekkan je ISO. jgn segan2. yg penting gambar sharp.


{ RSS feed for comments on this post} · { TrackBack URI }

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: