Archive for Theory

Shutter Speed

Assalamualaikum.

Ye, tak update lama. malas. haha. and mengharapkan agar kawan-kawan laen updatekan. tp macam takde. kesian blog ni bersawang..

Takpe, kita teruskan perbincangan pasal shutter speed, secara ringkas.. tak perlu tau yg komplikated sgt. first, shutter speed adalah kelajuan shutter, dan rasanya semua jelas akan maksud ni. nama dia dah cukup deskriptif kot. shutter ni adalah satu alat, yg dibina dalam kamera, bagi membolehkan cahaya masuk, untuk certain period of time. maksudnya, dia bukak lagi lama, banyak lah cahaya masuk. dia bukak sekejap, sikit lah cahaya masuk.

Aplikasinya? Kalo keadaan gelap, set lah shutter speed jd lagi lama. tapi, risk nya ialah akan terhasil blur (seperti yg pernah diterangkan). tapi, orang akan pikir, pe guna nak wat shutter speed lama..? nanti blur, susah lah.. tangan nak kena stabil dan sebagainye. jawapannya, kita gunakan shutter speed yg lama dan ISO yg rendah, untuk dapatkan efek-efek tertentu dalam gambar. contohnya, bila nak shoot light trail.. macam dalam post sebelom ni. bagi setiap gambar, mungkin shutter akan terbukak selama 15-30 saat (normal shutter speed yg sedap-sedap ialah 1/60 -1/80 saat), sebab gambar tu diambil dalam bilik yg terlalu gelap, dan kami hanya gunakan torch light utk ‘paint’ model-model tu.

Lagi satu aplikasinye, ialah utk amek gambar HDR (High Definition Range). gambar-gambar HDR, secara ringkasnya digunakan bila kita nak gambar kita mempunyai exposure yg seimbang bagi semua subjek dalam gambar. contohnya, kalo kita amek gambar pada exposure +1, subjek utama mungkin nampak ok, tapi background terlalu terang, dan ada part terlalu gelap. so utk mengatasinya, kita gunakan teknik HDR. kita amek gambar tersebut pada beberapa exposure (-3 -2 -1 0 1 2 3), supaya de range of exposure, maksudnya bukan lah satu exposure saje, ada banyak, dan kemudian kita gabungkan pakai certain software, dan hasilnya, gambar kita mempunyai range exposure yg tinggi (HDR).

Gambar-gambar HDR biasanye lawa bila kita amek gambar nature, bukan orang. dan gambar nature termasuk lah time malam-malam. dan untuk dapatkan exposure , contohnya, +3 dalam keadaan takde cahaya, kita memerlukan shutter speed yang lama. kita boleh naekkan ISO, tapi kualiti gambar HDR akan terjejas, pasal byk noise. so kita kena letak ISO pada 100, dan panjangkan masa shutter speed.

n650482471_993256_5127

n650482471_993257_5391– gambar HDR yang aku amek time malam di London.. memang kena pacak tripod masa nih.

n650482471_993248_9269– ini gambar time siang, di hamburg kot kalau tak silap. masa siang, handheld je takpe. xyah pacak tripod, pasal shutter speed laju.

oh ye, untuk amek gambar panning pon memerlukan shutter speed yg agak lembap dari biasa (mungkin 1/13 – 1/6 saat time siang). camne nak wat panning? laen post. heheh.

untuk shutter speed laju pulak, common sense. kalo kau nak amek gambar sport contohnya, kenalah laju gila shutter speed kau. dan biasanye amek gambar sport, memerlukan kamera yg ada aperture besar utk kualiti gambar yg terbaek. bagaimana aperture meng’affect’ shutter speed? itu akan diterangkan later-later, enshaAllah.

and bila aku cakap HDR manusia tak lawa, bukan lah tak lawa langsung. cuma post processing nya ialah pain in the a**, hanya untuk kasik nampak ok. contoh certain HDR manusia yg aku shoot beberapa tahun lepas :

halfi2R

IMG_0667_8_9_tonemappeduR

n650482471_1046974_7663-kalo HDR untuk ramai-ramai, takpe. senang je post processing, pasal orang takkan nampak segala kematu dan jerawat kat muka subjek. yg leceh ialah portrait.

okeh, itu sahaja dulu.

jazakumullahu khairun jaza2.

wassalam!

Advertisements

Rule Of Thirds

taken from digital photography school

taken from digital photography school

Rule Of Thirds adelah antara benda paling penting dalam menjadikan hasil fotografi anda lebih menarik dan sedap dipandang. Banyak gambar2 pro menggunakan hukum ini dalam hampir setiap gambar mereka.so, ape kejadah ROT (Rule of thirds) ni? jom kite tgk..

rule of thirds

rule of thirds

sebelum korang tangkap gmbar tu, bayangkan gambar tu dibahagikan kpd tiga secara menegak dan melintang.so jadi 9 bahagian r..

4 bulatan merah tu, adelah tempat yang dikatakan paling sesuai untuk korang letak subjek korang, menjadikan gambar korang agak best.

sbnarnye, kajian menunjukkan bahawasanya mata manusia bila memandang satu2 gambar, die akan melihat kat 4 point di atas tu.menarik kan?

So ape kate korang try tengok balik gmbar2 mane yg korang rase best, and try apply rule of thirds ni.. ni contoh2 gambar ye.

hazim at pella

hazim at pella

toxo

toxo

wasiek

wasiek

by fd

by fd

ok cube korang bayang kan gambar2 atas tu kalo sume subjek die dok tengah gambar.x ke gambar camtu agak bosan kn?

dan yang terakhir, bnda ni bukannye wajib pon..xde la SEMUA gambar kena ikut rule ni kan? xde dosa pn kalo x ikut..ni cuma guideline yg basic, untuk sume orang tau..ok?

last skali, untuk sesape nak tambah ape2 atau betulkn kesilapan yg aku buat, tambah ape yg aku x sebut,contribute gambar dlm kategori rule of thirds ke bole la buat sedemikian.maaf atas segala kekurangan yg ade.

sekian,

anwarash.

Film Speed

Memahami film speed mungkin akan jadi lebih mudah kepada yang dah amek course radiology. Dak medic akan amek time 5th year, dak dentist akan start amek time 3rd year. Dalam radiology, kita memerlukan filem untuk menangkap xray yang dipancarkan. Filem mempunyai speed. Masa mula-mula xray wujud, doktor terpaksa memancarkan xray selama berminit-minit untuk mendapatkan film density yang optimum, bagi proses analisis seterusnya. Sebabnya ialah ‘kelajuan’ filem tu low, iaitu memerlukan lighting yang lebih kuat, ataupon masa exposure yang lebih lama. Kita takleh menguatkan tenaga xray, sebab berbahaya, oleh sebab tu, exposure time, iaitu jangka masa pendedahan patient kepada xray perlu lebih lama.

Dgn kemajuan teknologi seterusnya, ‘kelajuan’ film bertambah. Camne? Filem dibuat dari bahan yang responsif terhadap xray. Bila kena, dia akan react. Dan bila cuci, partikal yang diaktifkan akan jadi puteh. Low speed film mempunyai partikel dgn bentuk yang tak berapa nak optimum, utk mnyerap cahaya xray. Tapi high speed film mmpunyai partikel yg berbentuk tabular (kalau tak salah), yg mampu meningkatkan rate pendedahan terhadap xray. Dan bahan yg digunakan adlh silver halide, yang lebih sensitif terhadap xray. Hal yang sama jugak dalam photography. Cuma bezanya, dalam medicine kena pakai xray, sebab xray je mempunyai magnitud tenaga utk ‘tembus’ segala struktur jisim badan dan kurang efek radioaktifnye.

Kalau kita igt, masa zaman kecik-kecik, kalau pakai kamera yg menggunakan filem, bukan digital, kita kena beli filem, dan kat kotak2 filem tu de certain nombor. Contohnya Kodak 1600, Kodak 3200 etc. Dan dari yang kita paham time kecik-kecik, makin tinggi nombor, maken power. In a way, betol pe yang kita paham. Nombor-nombor itu adalah speed film tersebut. Dalam unit pe? ISO. Banyak unit yang ada utk menilai speed film, tapi yang lebih dominan digunakan adalah ISO. Iso pon de dua. ISo aritmetik, dan ISO logaritmik. tapi kita pakai biasanya, ISo aritmetik. 50, 100, 200, 400, 800, 1600 dan seterusnya. Nilai bertambah 2x ganda setiap kali, dan it applies to film speed too. FIlm dgn ISO 100 2x ganda lebih sensitif dari ISO 50.

Ok, setakat ni dulu. Sambung kendian. Feedback boleh disalurkan kat ruangan komentar. 🙂

Jazakumullahu khairan.

.mando.