Archive for Uncategorized

Aperture

Sedang melepak-lepak di Warung Din sebentar tadi, jejaka hensem Sop bertanya kepada aku, pe buat time cuti? Aku macam biasa, sambil melahap nasi sambil bercakap, “hahu hak huat hape hape”.  Sop yang memang paham-paham bahasa orang tengah ada nasi dalam mulut, reply “Tak update blog?” Aku pon pandang sop.. “Haah haa..oh hrap..hahu hupa…” (aah la..oh crap..aku lupa..)

So, kita kembali lagi dengan siri asas kamera yang enshaAllah dah nak habis dah. Silibus aperture ialah silibus last dalam siri asas kamera.

APERTURE

Aperture ditakrifkan sebagai lobang yang membenarkan cahaya lalu masuk. Sama konsepnya dengan struktur iris dalam mata. Dan konsepnya pon sama. Maken besar lubang, maken banyak cahaya masuk. Maken gelap environment, kita memerlukan lobang yang lebih besar, supaya cahaya yang masuk adalah cukup banyak untuk memastikan exposure gambar yang dikehendaki, dapat dicapai. Paham kan? Simple dan mudah.

Nilai aperture pulak, maken kecik bermakna maken besar lubang. Contohnya, f 1.4 lagi besar dari f 2.0 dan seterusnya.

APERTURE DAN SHUTTER SPEED

Obviously, aperture dan shutter speed mempunyai kaitan rapat dan bergerak secara selari. Sebabnya, dua-dua basically melibatkan jumlah aliran cahaya yang masuk. Aperture ialah size lubang, manakala shutter speed ialah jumlah masa lubang tu dibukak semasa proses amek gambar. Kiranya, kalo anda guna aperture 1.4, bermaksud anda leh guna shutter speed yang lebih laju untuk dapatkan exposure yg dikehendaki.  Logiknya ialah, anda tak perlu bukak lubang lama-lama, sebab lubang dah sedia besar, so cahaya yang lebih banyak boleh masuk dengan kadar masa yang lebih cepat. Paham kan? Simple dan mudah.

APERTURE DAN BOKEH

Ada satu benda yang di’term’kan sebagai bokeh. Bokeh secara ringkasnya ialah blur, atau lebih tepat lagi, blur yang estetik. Efek bokeh terhasil kesan dari wujudnya depth of field, atau lebih diketahui umum ‘dof’. Dof ialah satu area di mana subjek yang terletak di dalam area tu akan difokus, manakala yang terletak di luar area, akan jadi out of focus (blur).

Kaitan aperture dan bokeh ialah, maken besar aperture, maken shallow depth of field ( maken kecik area), so maken banyak dan kuat blur nyeh aka maken kuat bokeh nya. Mechanism terbentuknya bokeh ni boleh di baca dalam wiki, sangat jelas dan mudah difahami. Tapi, basically, bagi enthusiast bokeh, atau sape-sape yang minat nak dapatkan efek bokeh, anda kena pakai lens yang mempunyai aperture yang besar. Sepanjang pengalaman, aperture sebesar 2.8 sudah mampu memberikan dof yang secukupnya untuk dapatkan efek bokeh yang kemas dan smart.

Antara lens favorite untuk efek bokeh :

50mm f1.4

50mm f1.8

24-70mm f2.8

70-200mm f2.8

Aku rasa yang paling sedap ialah 70-200mm 2.8. Dah la aperture besar, leh zoom jauh, dan basically subjek yang diambil dengan lens nih, biasanya dalam situasi dimana subjek tu duduk jauhhh dengan background. Bila dalam keadaan camtu, efek bokeh jadi lagi meletup-letup. Heheh. So belilah lens nih. Leh aku pinjam nanti-nanti. Tak mahal pon. Canon punya baru RM 7k++ uhuk uhuk.

Di sini aku kongsi link sifu-sifu bokeh yang aku sangat minat..

Nasey

*December Sun

Deney

Dila (50mm f1.8 —- cheapest bokeh lens, RM350 je)

Okeh, sekian. Banyakkan tengok galeri-galeri cantek, so gambar-gambar korang pon leh jadi cantek-cantek 🙂

Advertisements

Film Speed II

Mengaplikasikan penggunaan film speed

Sumorang pernah rasa dan hadapi keadaan bila amek gambar time gelap, atau low light situation, gambar jadi blur. Camne gambar boleh jadi blur? Ha.. ini yang kita nak tau. Tapi mungkin akan diterangkan dalam shutter speed nanti. Tapi pendeknya, shutter speed jadi macam slow, sebab nak kasik cahaya yang cukup masuk, supaya exposure gambar adalah selari dgn pe yang kita da set kat light exposure tu.. ( -2, -1, 0, +1, +2).. jadi kalau de menatang yang bergerak semasa shutter masih terbukak (lom terkatup), movement tu turut akan dirakam. so terhasillah blur.

Jadi camne nak elak blur? Jawapan sayur je.. lajukan shutter speed.. ye dak? Pe pro and kontra lajukan shutter speed? Pro ; gambar jadi x blur. Kontra; gambar jd gelap (dlm lowlight situation). Sebab? Cahaya yg diperlukan utk kasik gambar terang sket, lom sempat masuk, shutter da terkatup, pasal shutter speed laju (bukak dan tutup dgn pantas). Tapi mesti de jalan kan? Mesti ada other way around. Ye anak-anak.. di sinilah teraplikasinya ilmu film speed kita.

Telah diexplen, bila film speed makin laju, maksudnya film tu maken sensitif terhadap chaya. Maken laju, maken sensitif. Maksudnya, dalam keadaan cahaya yang x berapa nak ada pon, dsbabkan oleh film yg sgt peka dgn keadaan chaya, maka gambar tetap akan jadi terang. Tapi de satu benda yang x berapa nak best.. pasalnye bila film speed maken laju, film grain akan jd byk (kalo pakai film), atau noise (kalo digital). Maksudnya gambar mcm berbintik2. Mcm mananya leh de noise ni plak? haa.. rujuk kat wiki. Cam malas plak nak terang.

De org memang suka noise. Tapi pada aku, gambar yang ko amek, bialah dlm kualiti yg seoptimum mungkin. Noise (kalo nak tambah noise), kaler, exposure, sume leh ubah dalam potosop. Tapi kalo gambar asal da ada noise, memang xleh buang noise tu. De certain plugins mcm noiseninja yang leh reduce noice, tp setakat reduce jela.. tapi walau mcm mana keadaannya pon.. sebagai rules of thumb.. gambar blur adlh lebih sampah dr gambar yg byk noise tp sharp. Sharp itu penting ye kawan2. Sharp.

Maksudnya di sini, kalo tempat gelap, korang letak la ISo smpai ribu2.. xpe. biar sharp gambar. Itu lagi impoten. Tp kalo siang terang benderang, letak ISO smpai 1600, tu memang nak kena sigung sekali. Ingat, kualiti gambar biar seoptimum (bukan semaksimum) mungkin!

18

30

27

 

beberapa contoh gambar yg diambil dlm low light, dan ISo tggi. Gambar tidak diedit. Cuma mungkin kasik nampak lebih saturated.

Sepanjang pembacaan aku, utk sape2 yang nak beli dSLR, Canon memang pemes dek kerana sistem handling ISO yang cun. Means even ISo tggi, noise xberapa nak signifikan. Contohnya MarkIII mempunyai ISO yang leh gi sehingga 25600 (kalau x silap). Tapi kalau de duit, Nikon D300 atau D3 pon mampu mencabar kewibaan Canon. Mungkin aku akan cerita perbezaan Canon dan Nikon (dari pembacaan aku) di laen masa. Ingin ditegaskan di sini aku x pro mana-mana manufacturer. Kalau de orang nak kasik free mark III atau D3, besar tapak tangan, nyiru aku tadahkan (adat melayu). lol.

Salam. Jumpa lagi.

 

.mando.

.registrasi.

Salam.

Page ini didirikan supaya kita semua dapat berkongsi, teknik dan tips tangkap gambar.  Maybe, submit tutorial sikit-sikit, tutorial editing sikit-sikit, kongsi hasil sikit-sikit, plan projek photoshoot or eksperimentasi yang dilakukan.. pendek kata berkongsi ilmu.

Untuk kawan-kawan yang ikut nak sumbang dan berkongsi, boleh submit emel anda di ruangan komen.  Saya akan invite untuk jadi author/contributor.

Terima kasih.